Rabu, 14 Februari 2018

Apa Maksud LLB?


Image result for LLB


Salam semua...selamat hari rabu yang indah. Cuaca panas terik di Putrajaya. Tempat you all macam mana? 

Kepada kaum cina yang akan menyambut perayaan tahun baru cina lusa akak nak ucapkan selamat tahun baru cina gong xi gong xi...dan selamat bercuti buat you all yang ambik cuti panjang sempena tahun baru ini.

Hari ni akak nak share carian yang akak dapat. Bagi korang yang tak penah dengar perkataan ni Akak ucapkan tahniahla sebab jarang orang nak ambik tauk pasal maksud2 semua ni kecuali ada berkaitan dengan hidup mati kan...manakala untuk student2 law janganlah tahu sebut aje maknanya korang kena ambik tau jugak....

#sharingiscaring

'LLB' is the short name for the undergraduate Bachelor of Laws degree. The degree abbreviates to 'LLB' instead of 'BL' due to the traditional name of the qualification inLatin, 'Legum Baccalaureus'. 'Legum' is the plural of 'lex', meaning law, while 'Baccalaureus' is the origin of the term 'bachelor's degree'.

Jumaat, 2 Februari 2018

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Gua Hirak di Jabal Nur ialah suatu tempat yang istimewa dan mulia kerana itulah tempat turunnya wahyu yang pertama di dunia ini. Gua yang terletak pada ketinggian 634 meter di Jabal Al Nour itu berjarak empat kilometer dari Kabah. Gua itu menghadap ke utara dan pintu masuknya menunjuk langsung ke arah Kabah.


Di situlah berlakunya pertemuan pertama antara Nabi Muhammad s'a.w dengan Malaikat Jibrail a.s. 

Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima itu ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu:

"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Kejadian tersebut ialah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Pada masa itu, Nabi Muhammad s'a.w berumur 40 tahun (6 bulan 8 hari) dan belum lagi menjadi nabi atau rasul.

Sebelum kejadian tersebut, Gua Hirak ialah tempat Nabi Muhammad s'a.w duduk menyendiri, bermunajat, bertahannuth (meditasi atau bertafakur) dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT. Baginda menyendiri di Gua Hirak kerana mahu menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Baginda beribadat di Gua Hirak selama lima tahun pada bulan Ramadan.

Gua Hirak ini mempunyai ruang yang kecil dan sempit. Hanya muat untuk seorang sahaja untuk solat dengan selesa. 

Kalau berhimpit muat dua orang untuk sembahyang serentak. Terdapat tingkap kecil dibahagian hujung gua ini yang dulunya boleh melihat Kaabah secara terus. Namun pemandangan tersebut kini dihalang oleh Menara Zam-Zam.

Kalau Jabal Thur terletak di selatan Makkah, Jabal Nur pula terletak lebih kurang 6 km di utara Makkah iaitu di suatu tempat dalam perjalanan ke Arafah dan Mina. Tinggi Jabal Nur ialah 200m. Gua Hirak terletak lima meter dari puncaknya iaitu di lereng yang curam. Ruang yang menjadi gua tersebut berukuran 4 meter panjang dan 1.75 meter lebar. Ketinggian ruang gua tersebut adalah lebih kurang sama paras dengan orang yang sedang berdiri. Secara puratanya pendakian dari bawah hingga ke gua tersebut memerlukan masa lebih kurang sejam.[ http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/gua-thur.html





Friday, 2nd February 2018

16 Jamadilawal  1439H