Rabu, 3 Januari 2018

Kek Belacan



Kek ni sangat sedap dan memang sedap.
Makin lama makin sedap dan moist.. Cara menyimpan kek ni mesti betul.. kalau diluar suhu bilik,cepatlah ia basi dan berkulat..
Simpan elok elok dlm peti sejuk,kalau nak lebih tahan lama bekukan..
 kalau nak makan baru keluarkan ..


Bahan bahan
10biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi
1gelas gula halus(140g)
1gelas milo(115g)
1gelas susu tepung(110g)
1tin kecil sri kaya
1tin kecil@rendah susu pekat manis
2gelas tepung hong kong(220g)
200gram horlickS
1sudu besar serbuk koko
3sudu besar gula hitam
Sedikit esen vanilla

Cara membuat
Pukul gula dan mentega sampai kembang.
Masukan telur satu persatu.(pecah sebiji,pukul,pecah lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis). Masukan esen vanilla.masukan susu pekat dan srikaya.pukul lagi.
Masukan pula milo,horlicks,serbuk koko dan susu tepung.pukul sebati . Baru masukan gula hitam. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati.
Akhir sekali masukan tepung,gaul guns senduk sampai betul betul sebati.
Sediakan loyang 8x8 dan lapik dengan kertas minyak. Pastikan loyang ditutup rapat menggunakan aluminium foil sebelum kek dikukus.
Kukus kek ini selama 4 jam.
Pastikan air kukusan betul betul mendidih.Guna api sederhana semasa mengukus.
SELAMAT MENCUBA..
SILAKAN SHARE

Salam 2018



Assalamualaikum ...salam tahun baru 2018 untuk semua ...Akak harap tak terlambat lagi untuk akak wish semua orang..

Tahun 2018 ni special sikit untuk akak dan family. salah satu sebabnya adalah anak kedua  merangkap anak bongsu dalam family kecil kami masuk tahun 1/2018. Maka berakhirlah generasi paling kecik, paling manja dan paling kuat makan dalam keluarga kami.

Ni gambar masa registration day. Nasib baiklah dapat beg tarik ni FREE. Bolehla buat sumbat buku2 teks yang masyaallah beratnye huhuu....


Muka ceria lepas habis pendaftaran and sesi suaikenal sekolah. Dapatlah pusing2 sekolah secara berjemaah. Siap cikgu bawak tawaf satu sekolah aduhai anak.. Beruntung sungguh korang dapat layanan 1st class. Zaman mak dulu jangankan melawat sekolah register pun mak pegi bawak diri sendiri heheh



sempat bergambar masa rehat sekolah. 1st day.


2nd day
2nd day time rehat



Tahun 2018 seperti tahun-tahun yang lalu akan memberikan kita lebih peluang untuk membaiki diri. Pilihan di tangan kita sama ada ingin membaiki sahsiah diri, jatidiri, penampilan dan banyak lagi. Kita hanya mampu mengubah (membaiki) diri sendiri dan tidak akan pernah mampu mengubah diri orang lain melainkan dengan keajaiban doa dan hidayah daripada Allah.

Insyallah Akak akan lebih kerap menulis demi untuk membaiki skil penulisan dan tatabahasa. 

Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang buruk adalah disebabkan kejahilan kita sendiri.  Sama-samalah kita "upgrade" diri insyallah.


Selamat Tahun Baru 2018.

-iswa-