Semalam di Hotel Everly, Putrajaya


Hotel Everly adalah adalah hotel yang lokasinya betul2 di sebelah Alamanda Shopping Mall di Putrajaya. Jika anda bercadang untuk ke Putrajaya dan bermalam dan membawa anak-anak bersama, saya cadangkan untuk stay di hotel 





            



THE ROOM






Facility/Kemudahan yang ditawarkan oleh pihak hotel sangat memuaskan hati



THE BATHROOM



                                         




Spot menarik untuk ambil gambar di Lobby Hotel





SARAPAN





Singgah sebentar ke A Famosa, Melaka



Salam...

Macam tak kene aje bile berjalan ke Melaka Bandar Bersejarah tanpa mengetahui sejarahnya. Kami sekeluarga telah sempat singgah sebentar ke A Famosa dan mengambil gambar. Dalam mengambil gambar tu anak2 bertanya apakah tempat tersebut. Meh nak share sikit sejarah kota A Famosa ni.

Lokasi : Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka06-231 4343



Kota A Famosa ("The Famous" ) asalnya adalah tugu Portugis a former. Ia adalah senibina yang dikatakan antara yang paling tua yang masih ada di Asia. Jika pembaca tengok gambar2 kami sekeluarga di sini, sebenarnya kami bergambar di hadapan Porta de Santiago iaitu pagar rumah kecil yang masih ada sehingga hari ini.






Pada tahun 1511, sekumpulan rakyat Portugis yang diketuai oleh Afonso de Albuquerque menyerang Sultan Melaka. Mereka menakluki Melaka dan membina tugu di sekeliling laut dan percaya Melaka akan menjadi hub perdagangan Portugal dan China. Pada asalnya bangunan A Famosa ni ade 4 penjuru namun disebabkan peperangan dengan Belanda dan akhirnya British maka akhirnya tinggallah tugu seperti adanya sekarang.

So kalau sampai ke Melaka jangan lupa singgah dan bergambar di sini. 


Reference :
Pix : Personal
Facts : Wikipedia



Iswa Tonie
Malacca, Malaysia




Jalan-jalan ke Pantai Samila, Songkhla, Thailand



Perjalanan ke daerah Songkhla sebenarnya tiada dalam Bucket List kami. Namun memandangkan kami menggunakan khidmat tuk-tuk secara pakej satu hari maka  kami memilih untuk terus ke Songkhla. Terdapat beberapa tempat yang kami pilih secara random dan atas cadangan pemandu. Walaupun pemandu faham Bahasa dengan sangat minimum namun alhamdulillah kesemua tempat yang kami nak lawati serta proses lawatan berjalan dengan lancar.

Perjalanan dari Hadyai ke SOngkhla memakan masa lebih kurang 50 minit kalau tak silap. Jauh jugakla dari Hadyai. Walaupun cuaca sangat panas pada masa tu tp dengan angin dari tuk tuk yang terbukak luas sedikit sebanyak kami kurang berpeluh. Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kampung dan juga rumah-rumah kedai dengan bangunan lama dan wayar yang sama berselirat seperti di Hadyai. Ada juga yang sudah terjuntai ke tanah. Malah ada tiang elektrik yang digenangi air hujan. Syukur kita di Malaysia tiada pemandangan seperti ini. Naik takut nak lalu. Dalam keadaan hujan bagaimana agaknya tempat ni kan..

Dan akhirnya kami sampai di daerah dituju. Alhamdulillah...

Tuk-tuk yang kami charter telah berhenti dan park betul-betul di tepi jalan di hadapan landmark ni. Kami terus keluar dan bergambar sebagai kenang-kenangan. Seperti biasa, gambar 2 muka yang sarat di dalam satu gambar...hahaha
Kami meneruskan perjalanan ke arah pantai. Cuasa panas pada ketika itu seolah-olah diimbangi oleh angin pantai yang boleh tahan kuatnya dan secara tidak langsung menyejukkan badan kami yang seolah-olah terbakar dek kepanasan dipantai.


1. Samila Beach

Menyelusuri pesisiran pantai sambil di hidang dengan pemandangan yang cantik, bersih dan menarik dengan jualan dan air dan mainan seolah-olah berada di tepian pantai di tempat kita. Cuma bezanya di sini ada penjual yang bergerak secara solo dan menjual air teh (ais) dengan berjalan kaki sambil bertanya di kiri dan kanan. Bagi kami, pemandangan sebegini jarang dilihat di tempat kita. 








2.  The Golden Mermaid
  





Berkenaan makanan pula, ada banyak gerai makanan kat sini. Meriah sangat sebab ada macam-macam makanan di jual. Terpulangla nak pilih yang mana.  Bagi kami berdua, memandangkan kami makan heacy breakfast pagi ni jadi kami pilih untuk minum air kelapa dan merasa cucur udang yang di jual di gerai tidak jauh dari deretan kedai-kedai dan gerai. Kat sini, keadaan lengang sikit dan senang untuk bertanya serta berbual dengan penjual. Semasa kami sampai di gerai ini, seperti biasa kami di sapa ramah oleh penjual dan kami pun membeli seadanya. Cukup untuk alas perut sahaja.



air kelapa 40 baht
cucur udang 50 baht



Selesai makan, minum dan lepak sekejab kami pun meneruskan perjalanan untuk bergambar dengan kepala naga dan sleeping buddha. 

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...