Webe - Talian 011 di bawah Telekom Malaysia Review

                                       Image result for webe












Salam Semua...

Apa khabar? Sekarang cuaca tak menentu. Kadang-kadang hujan lebat dengan petir dan kilat..kadang-kadang panas terik dan kadang-kadang tiba-tiba mendung tapi tak hujan.. Begitulah Allah bagi kita merasa semua nikmatNya. Kalau korang jenis mudah sakit atau antibody tak kuat korang janganlah tadah body exercise dalam hujan atau cycling tengah panas terik. sayangi body anda ok.....klau kita sakit satu benda pun takleh nak buat. So kita sama-sama jaga diri ok...kalau jatuh sakit jangan risau...Allah sayang kat kite tue...sakitkan penghapus dosa2 kecil..Jangan mengeluh k...


Hari ni Akak nak share pasal line telefon WEBE ni. Korang pernah dengar tak..ha kalau tak pernah dengar lagi eloklah baca post akak ni sampai habis.

Line webe ni line telefon yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia. Sekarang ni unifi kan dah banyak kawasan dieorang cover so serentak dengan peluasan coverage unifi Telekom lancarkan line hp sendiri. Line jenis WEBE ni oleh sebab die baru g so byk kwsn gak line tak berapa nak full bar. Akk start guna line ni bulan 6 masa tu dieorang call n offer RM79 je sebulan. Masa tu register free n dalam pekej tu akak dapat unlimited call n unlimited data usage. Serius gempak giler...walaupun masa dieorang call tu memang blur sikit n ade rasa was2 sikit tapi sebab caller tu berjaya jawab beberapa soalan akak yang hanya orang unifi yang tahu so akak berani cakap yes.



Akak dah lama tak pakai line. Nak jimat punye pasal akak sanggup guna prpepaid. Satu sebab utama nak guna prepaid adalah sebabnya akak ni jarang bergayut. Tak tau pun nak gayut ngan sape dan tak pandai nak gayut lame2...not my style hehehe...so akak ambik line ni bukan sebab nak try belaja berayut ke ape tp sebb akak pk akak reload sebulan pun makan seratus lebih so ape salahnya akak commit kat satu line yang fixed bayaran die setiap bulan. Kan jimat dan menguntungkan tu. Giler tak untung. korang gayut satu hari satu malam non stop pun line korang still maintain tak kene bar tau...serius jimat especially kat korang yang selalu calling calling. Macam akak ni akak favor data usage je. jenuh nak top up data hari2 huhuhu....dahla slow cpt hbs lak tu. huhuhh

OK BAB KEBAIKAN WEBE ni mesti korang nak tau kan...mcm akak cakap mula2 tadi...UNLIMITED CALL and UNLIMITED DATA usage...itu jela kot kelebihan die hehehe

KEBURUKAN opkosla coverage kurang. Bile coverage kurang tu faham2 je la korang nyer data memang tak luaklaa...pastu jangan mimpi nak utube segala memang 2 hari 2 malam menunggu takkan dapat tengok utube hahahhaha.


tp so far akak tak alami lagila.....paling teruk pun line tibe2 hilang masa kat shah alam. so far dah masuk 3 bulan duk Putrajaya ni memang line ni THE BEST. Korang tak cayer korang trylaa...mcm akak ni ofis bar fb n utube so bile ade berita or link kearah 2-2 saluran ni memang payah tol nak bukak. Tp webe memudahkan urusan akak. Takde lagi masalah line slow...takde line atau whatsoever....lagi2 sekarang (since Ogos rasanya) dieorang tak upgrade line sistem dieorang kepada line unifi. so memang lajulaa..kalau tak berapa laju bagi korang tapi kira dah paling reasonable laju dah bagi akak...so akak puashati sangat....

Bagi korang yang kerap kol kerap online memang sesuai sangat ngan line nie...Akak bukan nak jual line tau...Just a humble review jek :)

Kalau korang nak lebih info korang boleh search webe kat google atau terus ke ke website telekom malaysia. kalau korang rasa susah nak pg tm point utk register korang jgnla risau sebb korang boleh je register online. Nanti telekom akan htr simkad siap kat rmh korang. Senangkan..Zaman sekarang semua senang...takde yang susah...semua kat hujung jarila katakan...

"Pilihan di Tangan Anda" & "Bijak Memilih"


Iswa Tonie
Putrajaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Catatan Yang Ditampilkan

Resepi laksa Sarawak Original

Salam semua.. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat Laksa Sarawak. Resepi mungkin sama cuma cara menyediakan berbeza mengikut...