Jumaat, 20 Oktober 2017

Kek Lapis Bumi (Kukus)

Image result for Kek Lapis bumi       

Kek Lapis Bumi (Kukus)

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air

1 cawan tepung gandum (diayak)
1/4 cawan serbuk holicks
5 biji telur gred A 
225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
4 sudu besar serikaya
1/2 cawan gula kastor
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1 1/2 sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
Pewarna hijau dan kuning




Cara-cara :

Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 

Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
Masukkan tepung dan diadun sekata. 

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

 Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.
Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. 

Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
Akhir sekali ialah adunan nescafe. 


Image result for Kek Lapis bumi

Ulangi proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Sejukkan kek sebelum dipotong.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.