Khamis, 26 Oktober 2017

MOVIE REVIEW : FRIENDS WITH BENEFIT

FRIENDS WITH BENEFIT MOVIE REVIEW


Salam semua...dah plan dah nk buat ape hjg mgu ni? Klu blh cepat2la plan. Akak bkn ape hjg mgu bg seorang pekerja mkn gaji adalah masa dan ketika yang ditunggu2.Itulah masanya kita nak basuh baju itulah juga masa nak kemas rumah,masa untuk memasak dan segala masanya kite nak buat segala benda😊.

Kadang2 plan apepun tak menjadi sebab berbagai halangan kan tapi takpe apepun plan aje dulu.Paling kurang korang dah tau dah pg sabtu nak buat ape dulu kan senang...

Ok macam biasa setiap hari khamis Akak akan share satu review movie (baru dan lama). Kali ni nak share cerita Friends With Benefits. Pelakon utama hero n heroinnya adalah Justin Timberlake dan isteri Ashton Kutcher, Mila Kunis. Kalau ade lagi yang tak kenal lagi sape hero heroin ni ni ha akak share screenshot muka depan movie ni.screenshot ni daripada itunes movie download.Kalau korang tak pernah lagi rent movie kat itunes akak ade sharekan cara2nya dan kelebihan menyewa movie dr itunes.serius senang and convenient utk makhluk Allah yang suka menyendiri sambil layan movie sorang2 mcm akak hehehe.

Cerita ni santai.2 orang berkenalan atas dasar kerja.Berjumpa dan kemudian berkawan lepak sama2. Dalam lepak sama sama tulah dieorang dpt idea untuk having s** tapi taknak couple. Style open macam ni memang sangat tak sesuai untuk jiwa ketimuran dan orang Islam.Jadi korang janganlah terikut2 sangat budaya dieorang ni. Masa dieorg mula2 janji nak couple for s** aje tu dieorg siap sumpah atas bible.korang tau tak bible tu masa tu just gambar bible dr dalam tab ish ish ish dieorang ni kan. 

So startlah episod dieorg asal jumpe je bersama, asal bersama je shot lama sebb tu lah agaknya movie ni tak masuk panggung kat Malaysia nie.Ni kalau masuk pun tak gune sebb kalau kene potong bab bersama tu mmg panjang giler shot die.seriusly 18sx hampir2 nak ke cerite blue (pandangan murni akak) adegan naked and bertindih and kissing semua ada.ni review dr tontonan kat itunes yea korang.kat tempat lain akak tak pasti ade cut ke takde. Tapi mcm akak cakap tadila kalau cut serius jalan cerita tak cantik.mase dieorg bersama tu dieorg ade dialog so klu cut tu memang ganggu jalan cerita.Akak rasalaaaa

So nak dijadikan cerita satu tahap oleh kerana dieorang bonding as a friend je makanya satu tahap dieorg bosan n nak klua dating ngan someone else.Masa tu masing2 dieorg ni jual mahal taknak ngaku yg dieorg sebnrnya dah ada feeling kat each other.Since dieorang declare friendship then dieorg startlah usha couple lain.

Masa justin  try usha awek die fail sbb terkene ngan bini orang.pecah perutla si Mila ni gelakkan si justin. N bola turn si Mila usha pakwe die dptla doktor.untungla si Mila.hensem pun hensem wahhh🙈

Nak dijadikan cerita hr ke5 Mila date ngan doktor ni Mila bawak balik rmh .Bila dah balik rumah takdela aktiviti lain melainkan aktiviti sosial dieorang.Si Justin pulak date ngan awek lain jgk tapi takde chemistry.die bosan pastu asyikla kol si Mila.Mila tgh seronok manela nak layan kan huhuh.

Esok paginya si Mila klua senyap2 tinggalkan doktor yg tgh nyenyak tidur tu pegi beli kopi.Masa tu si Justin kol bgtau die tgh packing nak balik LA.Dieorg ni kat New York. Masa tengah sembang2 tu Mila nampak si doktor keluar rumah senyap2 mcm nak elak Mila tau yg die kluar. Kan dah kantoi dah jumpe mila kat bawah rumah.adoilaaa

So bila Mila tengok terkejutla die and die question kenapa si doktor ni keluar senyap2.Mila mention pasal doktor tu kan on call hr tu.Dengan tergagap gagap doktor tu cakap ade hal terpaksa balik.Masa ni doktor tu ajak jd kwn.Mila nak angin terus hempaskan air yg baru beli terus blah.Walaupun akak tau sebab apa mila marah akak assume doktor tu dah ade girlfriend and just nak one night stand🤷🏻‍

So Mila ngadulah kat Justin.Justin ajak balik LA ikut die siap belikan tiket untuk Mila.so Mila ikutlah Justin balik rumah die jumpa family die. Sampai sana dieorg declare as fren tp satu malam tu justin masuk bilik mila dan terkantoi ngan akak die. The next morning tu akak justin tanyelah justin pasal hubungan dieorg.Macam2 alasan yg justin bg termasukla keburukan mila.Kesian Mila masa tu die dgr sebenarnya n takde sape notice sbnrnya die ade kat situ masa justin cakap mcm2 pasal die. So terjadilah agen masam muka merajuk n Mila balik New York.Tak nak jumpa Justin walaupun Justin byk kali kol.

One day ayah Justin dtg dan nasihat kat Justin kalau betul2 die suka kat someone kejar sampai dapat jangan menyesal seumur hidup mcm die.Ade pulak kisah silam masa jd askar melepas ngan awek yg die suke.klise tawww



At the end Justin pujuk Mila N macam biasa hati perempuan kan macam kerak nasik lama2 lembutlah walau sekeras batu sekalipun. Bermula esok suka kembali dan yes akhirnya happy ending..yea..


-The end- 




Rabu, 25 Oktober 2017

Apa Maksud ZUMBA

Salam semua..hari ni Akak nak share my passion in Zumba. Rasanya semua orang dah tau Zumba tu ape kan.tapi takpe akak nak share jugak apa yang dimaksudkan dengan Zumba nie. Supaya senang korang kalua ade yang bertanya Zumba tu ape korang senang nak jawab untuk pengetahuan umum J.

Zumba operasi dieorang tahun 1990an start dengan 3 tenaga besar iaitu Alberto Perlman dan Alberto Aghion  dan salah seorangnya adalah the famous Zumba Beto. Kalau korang nak tahu Beto ni sape boleh google or follow Instagram die kat SINI dan youtube channel die kat SINI. Zumba pun ade Instagram official. Nak follow boleh click kat SINI. Youtube channel ade kat SINI. Senang sangat zaman sekarang ni. Semua ada dihujung jari. Tinggal lagi data handphone tu nak kene penuh dulu heheh maksudnya data kene ade dulu ye dik heheh…

Menurut Beto, idea nak wujudkan Zumba ni tercetus masa Beto nak buat kelas. Untuk pengetahuan korang Beto adalah seorang fitness instructor. Masa tu die buat kelas aerobic. Dalam interview kat tv masa tu Beto kata die lupe tape music yang die nak guna untuk kelas die. Yang kat die masa tu cuma tape salsa dan marengue. So apa yang die buat adalah Beto combinekan 2 jenis music tu dan end up jadi kelas yang happy 
and fun.

Zumba masuk kat Malaysia dalam tahun 2012 kalau tak silap.ini info daripada ZES Davidveles masa Akak join Kelas Basic 1 tahun 2015. Kiranya dah masuk 5 tahun ++ Zumba bertapak di Malaysia nie. Jadi Akak andaikan Zumba bukan benda baru dan semua orang dah tahu. Tinggal lagi sape yang aktik dan sape yang tak aktif aje cerita die kan.

Untuk korang yang biasa pegi Zumba korang mesti familiar dengan perkataan zin kan…contohnya zin aida (aida tu nama cikgu Zumba) atau zin emy, zin amer etc..korang tau tak zin tu ape? And stand for what ?

Zin adalah singkatan bagi ZUMBA INSTRUCTOR NETWORK dan digunakan bagi menunjukkan cikgu Zumba yang incharge untuk kelas korang tu diiktiraf. Diiktiraf tu maksudnya ade lesen mengajar dan lesen mengajar masih hidup. Ala-ala Doktor nye title la jugak. Dr Ali Dr EMy…J dan kalau korang nak cek and skodeng zin korang tu bolehlah tengok kat SINI. Zumba update tau dieorang nyer website. So korang boleh tau sama ada someone tu berlesen ke tidak. Bukan ape, step Zumba senang je nak follow. Jadi mana-mana orang yang ada background fitness especially yang biasa buat aerobic boleh je follow n ajar pastu declare mengajar kelas Zumba. Well, sekarang market aerobic class dah takde so nak tak nak kene buat kelas Zumba. Zumba ni step die cover satu body. Tu sebab prinsip join Zumba sejam boleh hilang 1000 kalori tu sangat sangat relevan. Heart beat tinggi jangan cakaplaa…mengah pas habis kelas.lencun basah semuanya hehehhe…

Ok korang dah tahu zin tu ape now nak sentuh sikit pasal ZES pulak. Tadi akak ade sentuh pasal ZES Davidveles kan. Macam ZIN jugak tapi ZES ni lebih tinggi daripada Zin. ZES adalah singkatan bagi ZUMBA EDUCATION SPECIALIST. Tugas ZES ni adalah melatih semua bakal-bakal zin. Macam kat Malaysia ni kebiasaannya kelas-kelas asas semua diajar oleh Zes David. Kalau nak tahu cara nak apply jadi Zin korang kena baca post akak kat SINI. Akak sharekan cara untuk apply dan seterusnya menikmati kehidupan sebagai Zin.

Bye from now.


Iswa Tonie

Putrajaya

PERSIAPAN SEBELUM PERGI KELAS ZUMBA


Salam semua…

Korang buat ape je hari ni selain duduk mengadap keje satu hari. Mesti korang penat kan. Penat body and soul tapi kan kalau join Zumba insyallah korang takkan rasa penat sesangat walaupun keje bertimbun  timbun. Ala korang keje sampai bila pun takkan habis. Tapi kan kalau satu hari tak pergi kelas Zumba badan korang lemau merajuk tau..tak gitu…
Akak nak ucapkan tahniah kepada yang dah join Zumba untuk korang yang tak pernah join kelas Zumba korang kene try sekali. Bila dah rasa sekali mesti korang rasa nak join lagi. Sebab apa? Sebabnya kelas Zumba ni ada music yang fun, kombinasi music ala-ala Brazil gitu and movement pun senang. Tak percaya??? Tryla satu kalI. Kadang-kadang depends dengan badan awak jugak. Untuk permulaan, jangan follow too hard if korang beginner. Kelas Zumba takde kelas asas, kelas mid atau superheavy takde. Sebabnya step Zumba ni lebih kurang aje fokusnya memang untuk seluruh badan. Kadang-kadang tu depends ngan zin jugak. Kalua zin pilih lagu bes, step senang follow kite pun cepat serasi kan. Tu sebab ramai yang keluar statement “I follow kelas zin A” atau “I follow kelas Zin B kat tempat C”.

So sebagai bekas pengusaha studio Zumba ( dulu ada studio kat Shah Alam tp atas kekangan masa terpaksa ditukarmilik huhu) akak syorkan perkara-perkara berikut untuk beginner (1st timer).

1.Make sure buat regangan badan. Caranya adalah korang kene datang awal kat kelas. Lagu pertama dan kedua kebiasannya adalah lagu yang zin pilih untuk buat warming up). So korang kene follow. Kalau ditakdirkan korang dating lambat korang masuk je join kelas tu korang jangan buat heavy sgt nak lompat ke goyang sebabnya korang akan rasa nak pitam sebb tak buat sesi regangan. Ini adalah atas pengalaman dan juga pemerhatian akak . Ramai beginner rasa disappointed lps kelas pertama sebb too heavy sedangkan korang datang dengan tak prepare body n mentally. So make sure buat regangan ok.

    2. Sapa-sapa  dah datang awal n join 1st and 2nd song and dah buat regangan/warm up korang pun janganlah beria sangat goyang lompat atau baling tangan…normally sesi warm up akan cover kaki dan tangan so berpada-pada sebab korang beginner. Salah satu tujuan regangan/warm up adalah nak bagi musle(otot) bangun. Ini perumpamaan akak sendiri. Maksud akak adalah nak bagi badan dan otot berkerja.bila dah bangun senang korang nak bagi otot follow step n mind. Do berpada-pada jugak ok.

    3. Since korang 1st time or maybe 2nd timer korang mungkin tak faimiliar step lagi kan. So korang boleh teruskan follow step and movement as long as korang rasa selesa..tak sakit lutut..tak sakit tangan dan leher tu dah ok dah..if korang rasa something macam pening atau lenguh atau anything  korang kene stop. Takde kene mengena ngan lagu or step. Cuma body korang masih tak boleh adopt the movement. So akak kebiasaannya akan nasihatkan korang untuk rehat sekejab kalau ok boleh sambung semula. Kalau tak ok korang kene stop. Jangan berkira sangat pasal harga yang korang dah bayar untuk kelastu. Yang penting nak sihat kan..bukan nak sakit lepas bersenam. Huhuh
    
     4. Sepanjang sejam kelas korang akan rasa sangat-sangat  penat(kalau betul-betul follow music n steps) but fun sebabnya bila menari korang rasa bebas.Salah step takpe. Korang bukan attend pertandingan menari. Korang attend kelas fitness ape hehhe… spjg sejam gak Zin akan berenti dalam 3 minit untuk minum..masa tu korang kena Tarik nafas dalam2 dan hembus keluar…tujuannya utk korang balancekan pernafasan korang…biar stable jantung tu ….n bila zin rehat korang pandai2lah nak minum ke terkucil ke..sebab kejab g kelas start korang mesti tak nak miss lagu yang korang suke kan…ye tak…akak tahu korang mesti ade lagu yang korang minat…siap step pun korang dah hafal.

    5.Lastlty bila kelas dah hbs and korang rasa sangat haus…minumlah slow2 wpun tekak tu rasa macam puasa satu hari punye haus and finally jangan lupe join sesi “cool down”. Tujuannya adalah untuk merehatkan otot yang bekerja selama sejam. Kalau tak sempat join sesi ngan zin tu korang boleh je buat sendiri buat cukup syarat. Luruskan kaki, tunduk pegang hujung kaki..kaki kanan dulu pastu kak kiri. Pastu angkat tangan silang ke kanan silang ke kiri. Siap. Boleh buat dalam kereta masa driving mcm biasa buat kan heheh.

   6. Sehari lepas Zumba korang akan rasa sakit sama ada kat tapak kaki, betis (impact melompat) , kat peha atau mana-mana  bahagian badan. Korang tak payah risau sebab kesan tu sebenarnya menunjukkan di mana bahagian badan yang terkesan daripada Zumba yang korang buat semalam. Kalau tak rasa apa-apa lepas kelas pertama akak berani cakap korang tak buat betul-betul. Korang kene jugak join next time. Kalau lepas 2 3 kelaspun korang takde sakit kat mana-mana seriously korang tak buat betul2. Itu je akak nak cakap. Heheh so sapa2 dah sakit sakit manja tu masa sehari 2 utk recover then hari ke2 dah boleh join kelas balik. No worry pastu insyallah korang dah  boleh sebati ngan Zumba.

     Cayalah!! Kalau dah join Zumba wajib simpan lagu2 zumba ye tak.. ha Akak akan post pasal lagu2 zumba mcmne nak simpan kat mane nak carik dan lagu2 terbaru dan terhangat di pasaran. Untuk permulaan korang boleh klik kat link kat bawah n survey or terus beli lagu2 legend Zumba.

Cya soon!!!






Isnin, 23 Oktober 2017

Bayou Lagoon Park Resort Melaka


Salam Semua...

Entri ni dah lama melepak kat dalam draft box akak. Dah lama nak share tapi tak berkesempatan nak update. Daripada rambut Akak (panggilan untuk anak sulung Akak) pendek sehinggalah sekarang dah panjang dan pendek semula. 
Korang maginelah berapa lama dah tu hehhe..


                       

Pada suatu hujung minggu cewah hehehe akak dan abang dan anak-anak ke Melaka untuk kesekian kalinya. Kami memang suka ke Melaka. Sebab utama adalah menjenguk adik perempuan akak di Melaka sambil paksa die masak. Die masak serius sedap. Air tangan org Sarawak yang dah migrate ke Semenanjung hampir 16 tahun. Anak pun dekat-dekat baya so anak-anak akak mmg seronok kalau ke sana. Adelah kawan bermain dan bergaduh. Asyik gaduh orang yang sama aje dieorang pun bosan hahahha....

But this time kiteorang decided utk stay luar...cek in kat Bayou Park Resort. Sebelum nak kesana kami survey-survey dulu bilik dan lokasi. Kebetulan dapat harga murah. Kene pulak ada lebihan bajet so bertolakla kami ke sana cek in satu family. Harga sekarang akak tengok masih sama. RM180 satu bilik siap pakej breakfast and park entrance. murahlah weii....

Perjalanan Shah Alam ke Melaka ambik masa paling lambat pun 2 jam. So kami bertolak dalam pkl 11 pagi sampai sane dalam pkl 1 lebih. Yang paling seronok mestilah anak-anak. Sampai je kat sana terus siap-siap nak turun mandi...
so kami pun enjoylah family time di sana….



Alhamdulillah tempat tu sangat family friendly..mainan pun ada utk budak n ade yang sesuai utk org dewasa. Yang paling best akak rasa adalah gelongsor tu. Serius nampak comel hehhe..Santai-santai je main air. Almaklumla mandi ngan budak kite sebagai orang tua tak leka. Dieorang pulak jns mandi nomad. Sekajab kat hujung belah kanan sekejab kat hujung belah kiri. Sekejab kat tengah. Hai jenuhlah akak follow dieorang ni. Paling tricky bile sorang ke kanan sorang ke kiri…aduhaii…tak boleh ke mandi tu main rendam rendam je tak yah nak ke kiri kanan sangat huhuhh.. yang paling best adalah ayah dielah…duk mandi tak ingat dunia..dah siap mandi agak2 dah puas dan penat barulah nak tengok anak-anak…itulah bezanya bapak n mak…korang mcmne pulak..akak memang jenis tak boleh lepas pandangan kat akak…satu kat tempat mandi pool dan satu lagi kat mall..kira mind n soul akak ni akan terasa sangatla letihnya bila pg ke 2 tempat ni bawak anak-anak..penat2 pun puashati anak ade kat depan mata…kan…


Ok ceritanya andai kata korang tak datang lagi kat sini Akak syorkan datangla sekali. Try la survey2 link kat atas kot2 ade promo terbaru. Kalau bernasib baik boleh dapat harga paling rendah yang mana org cancel..rezekilah kalau dapat :) Tempat ni sangat berbaloi untuk family yg ade anak-anak dan anak-anak tu pulak jenis suka main pool. So kat sini pool besar dan luas, gelongsor pun child friendly dan entahlah rasanya macam suasananya ade aura friendly..try korang datang sini akak nak dengar review daripada korang pulak .




Time kitaorang pegi tu hp akak dah lowbat so Akak tak banyak ambik gambar. Yang  ade pun sensored hehhe so akak belanja 2 gambar ori dan selebihnya akk cetak rompak dari website dieorang. Korang datang tau..senang je nak waze tempat nie…serius takkan sesat. Kat atas tu akak dah sharekan link untuk korang try cek harga promo kat sana. Senang hidup korang tau J tinggal klik aje lagi ha…

Ok selamat bercuti korang..tinggal lagi sebln nak cuti sekolah 2017 :)



CARA DAFTAR ZIN ZUMBA


Salam semua,

Entry kali ni akak nak share cara-cara nak jadi Zin. Kalau korang tak tau Zin tu ape boleh baca entri akak sebelum ni kat SINI ye.

Ada yang tanya apa syarat nak jadi Zin.Kalau akak biasanya standard jawapan akak adalah asalkan sihat dan bersemangat waja. Yerlah bukan senang tau nak mengajar. Lagi2 ngajar fitness. Kalau boldy kite pun kite tak kenal dan jaga pun ala kadar akak nasihatkan jadilah peserta kelas ajer. Kecualilah korang bersemangat cuma tunggu time nak turun padang tu lainlaa..macam akak ni pulak turun padang bila perlu.entah bila la kan hehhee.

Zumba sendiri tak meletakkan syarat pun masa nak apply jadi Zin. Cuma kena attend kursus Basic 1 dieorang ajela. Kalau nak tahu macam mane nak tahu bila dank at mane kursus tu 1st of all korang kenelah ikut step-step yang akak dah rumuskan seperti di bawah :


1. Kena bukak website www.zumba.com seperti gambar di atas atau klik dekat SINI.

   

     
  2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.



3.    Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SIGN UP.

4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.korang kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu.Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.

5.Lepas setel semua korang akan dapat emel dan notification. 

Setel dah registration korang…Yee!!


Next step adalah korang kene attend kursus tu. Akak boleh gerenti korang akan rasa sangat seronok masa join kursus tu. Korang  akan diperkenalkan dengan Zumba, history dan jenis music dan mcmne nak bezakan jenis jenis music. Lain music lain pulak movementnya. 

Contohnya music salsa takkan korang nak move like a jagger pulak hheheh….

Habis je kursus 2 hari tu korang dah entitle untuk dapat sijil. Hari ke3 tu korang dah boleh ambik n buat kelas dah uoll..dah boleh cover balik duit yuran kursus yang selonggok tu…serius korang kene bersyukur yuran tu selonggok mcm tu je..kalau kursus takde kat Malaysia korang trylah pk berapa longgok nak kene kumpul dulu sebelum nak join kursus oversea.serius mungkin kite tak mampu…nak bayar selonggok pun pening inikan pulak nak bayar berlonggok longgok. So sapa-sapa nak join keluarga ZIN korang standbylah dalam RM1800 lebih kurang. 

Korang taulah sekrg currency RM tak stable so anggaran lebih kurang mcm tu…harap korang bertabah ye…lepas je kursus Basic ni korang dah boleh duit. Pk mcmtu je senang sikit kepala J.


Ok Akak a de entry seterusnya. 


-cya-


Updated 1 April 2020

Berita baik untuk Zumbalicious. Zumba.com offer online training sekarang ni. So korang dah tak perlu join real class.Just join class online jer...

Step sama macam di atas iaitu :



1. Kena bukak website www.zumba.com seperti gambar di atas atau klik dekat SINI.


  2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.



3.    Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SEARCH.




   4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.Korang boleh pilih nak register kelas Online        atau  OFFline . Kalau register kelas Online korang just kene attent course ikut masa korang
    dan deal dengan Zumba.com secara direct. Sementara untuk kelas Offline  korang kene attend kelas ikut tarikh dan masa yang korang pilih. Itu je bezanya. Kalau saya, saya suka pergi kelas Offline boleh kenal2 dan  beronok ronok zumba ramai2 baru besstt... Apa2 pun, kelas offline pun ok sebab anytime free boleh terus join kelas die..at your convenient time...
     kalau kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu. Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.

     5. Dah settle bab bayaran, korang akan dapat emel confirmation. Yeayy!!! one step ahead. 
     
      6. Kalau korang pilih Online Class, korang klik kat  Sign Up  dan isi borang di bawah.


    7. Kemudian, buat bayaran mengikut harga yang telah ditetapkan dan korang akan dapat confirmation email untuk pembayaran tersebut. Jangan lupa baca syarat yang ditetapkan yang Akak dah boldkan di dalam kotak di bawah yeh.




    8. Then korang just attend class sepertimana diarahkan. Diakhirkan 10 jam tu nanti korang akan dapat confirmation bahawasanya korang dah compelete requirement of 10 hours practice/claseses. Once completed, korang akan dapat lesen yang korang boleh print sendiri dan nama korang akan listed dalam senarai ZIN berdaftar dengan Zumba.com. Satu  perkara yang korang WAJIB ambil tahu adalah setiap bulan korang kene bayar kat Zumba.com lebih kurang RM100++ untuk licience renewal dan access ke Zin classes. Kat situ korang boleh belaar new step dan boleh download lagu baru dan video terbaru dari zumba.com. For me, harga tu sangat berbaloi dengan ilmu dan pakej yg uoll akan dapat.

     Anyway.... I welcome new Zin in the block...bye for now..

     Love, 
     Iswa Tonie
     Putrajaya. 









Ahad, 22 Oktober 2017

Resepi Acar Buah


Resepi Acar Buah


Bahan-bahan
2kg buah jeruk campuran - potong jika saiz besar
(Kana,Cherry merah, Cherry hijau, Pala, Jeruk Limau)
2 cawan kismis / raisin
4 sudu besar bijan - sangai dahulu

Bahan Masak Cuka
1 botol besar cuka makan (2 cawan)
3 cawan gula pasir
2 sudu besar garam
3 in halia - hiris memanjang
15 ulas bawang merah - belah 2
15 ulas bawang putih - belah 2
50 tangkai cili padi - jangan buang tangkai

Cara Penyediaan :
1.      Masukkan cuka, gula dan garam ke dalam periuk, kacau rata dan masukkan bahan-bahan lain, biar sekali mendidih.  
2.      Tutup api dan angkat.  
3.      Ketepikan dulu

Bahan Kisar halus
50 tangkai cili merah kerinting (buang biji, rebus dan kisar)
2 labu kecil bawang besar
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2 inci halia
3 cawan minyak untuk menumis

Bahan Rempah
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
1 sudu besar serbuk jintan putih, 1 sudu besar serbuk jintan manis, 1 paket kecil rempah kari ikan, 1 sudu kecil serbuk kunyit (Satukan semua)

Cara Penyediaan :
1.      Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga betul-betul pecah minyak (1/2 jam) sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2.      Masukkan bahan rempah dan tumis selama 10 minit hingga naik bau.

3.      Masukkan bahan masak cuka, bersama cuka sekali dan buah jeruk campuran.  Gaul rata.
4.      Kacau sehingga kuah hampir kering tetapi jangan terlalu kering, biar berkuah sedikit, selepas beberapa jam kuah akan memekat.

5.      Angkat dan tabur bijan.

6.      Simpan di dalam botol kaca untuk tahan lama.  Acar Buah semakin sedap jika di simpan beberapa hari.

Selamat Mencuba.


Jumaat, 20 Oktober 2017

KEK HATI PARI

Image result for KEK HATI PARI

Bahan-bahan:
450gm mentega
10 biji telur
5 gelas tepung gandum
4 gelas gula
2 gelas gula ditanak
3 sudu esen vanila
3 sudu makan browning
3 sudu bicabonate of soda
800gm kismis ....kisar @ gunting halus


Cara-cara:

Image result for KEK HATI PARIMentega dan gula dipukul hingga kembang..masukkan telur satu persatu..sambil digaul rata..masukkan vanila ,browning ,kismis dan tepung.gaul rata...masukkan gula tanak..kuar dgn cepat dan rata....masukkan dalam acuan ...tutup permukaan acuan dgn plastik @ alumanium ...kukus selama 8 jam dgn api perlahan.