Jumaat, 8 September 2017

Resepi Brownies Kedut


Brownies Kedut

Bahan-Bahannya :
4 biji telur
100gm tpg gandum
50gm serbuk koko
400gm dark chocolate - cairkan
250gm butter - cairkan
250gm gula perang
1 sd teh esen vanila
100gm walnut - dipanggang & cincang
Coklat chips

Cara  Membuatnya :
1.      Ayakkan tepung gandum dan serbuk koko. Ketepikan.
2.      Putar telur n gula perang hingga gebu.
3.      Masuk mentega cair  dan kacaukan.
4.      Masuk esen vanila dan coklat cair dan kacau lagi.
5.      Kemudian masukkan walnut cincang dan tpg gandum yang telah diayak bersama serbuk koko tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
6.      Sediakan loyang 10"×10" dan masukkan adunan dan  ratakan
7.      Taburkan coklat chips atau badam nip/flakes (jika ada).
8.      Bakar selama 30-40 minit - suhu 170°c dengan menggunakan
9.      api atas bawah.
10. Bila masak, buka sedikit pintu oven dan biar kan selama 10 minit baru dikeluarkan. Sejukkan & potong.
Selamat Mencuba.