Isnin, 31 Julai 2017

Resepi Kek Kukus Ombre



Resepi Kek Kukus Ombre



Bahan-bahan :

200 gram tepung gandum
180 gram gula halus
4 biji telur ayam gred A pada suhu bilik
100 ml santan pekat 
100 ml minyak jagung
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh essen vanila
1 sudu teh baking powder
Pewarna ungu atau mana-mana pewarna yang disukai.

Cara Membuatnya :

1.      Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu. Biarkan.
2.      Ayak tepung dengan baking powder sekali supaya rata. Ketepikan.
3.      Masukkan telur ,gula dan ovalette dalam mixer. Kacau hingga adunan kembang dan warnanya bertukar putih dan gebu.
4.      Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
5.      Tambahkan esen vanilla, santan dan minyak ke dalan adunan
, sedikit demi sedikit sambil kacau.
6.      Bahagikan kepada tiga bahagian atau 4 bahagian ikut suka.
Masukkan pewarna. Saya guna pewarna merah dan pink.

Gris loyang dengan mentega atau minyak dan bahagian bawah alas dengan baking paper.

Nota : Kukus lapisan pertama 13 minit pada api kecil ya. Tambah lapisan kedua dan sambung kukus 13 minit .Last lapisan sekali kukus 25 minit. Ingat api biar kecil dan penutup pengukus balut dengan tuala supaya air tak masuk
dalam bekas.

Nota : Biarkan sejuk dahulu baru keluarkan daripada loyang.Untuk dapatkan potongan kemas dan cantik , layurkan pisau dulu atas api dan baru dipotong.

-Selamat Mencuba-

Sabtu, 1 Julai 2017

RESIPI DAGING MASAK HITAM


Salam...


RESIPI DAGING MASAK HITAM

Bahan-bahan menumis A:

2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
2 batang serai diketuk
Sedikit daun Kari

Bahan-bahan menumis B:

4 ulas bawang putih
2 biji bawang Besar
Halia sebesar ibu jari
2 batang serai

Kisar bahan-bahan di atas sampai lumat, kemudian tumis dengan bahan-bahan A sampai naik bau wangi.

Bahan-bahan dikisar C:

5 biji cili kering
3 biji bawang besar
Perencah kari daging

Bila bahan-bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit, masukkan bahan-bahan C yang baru dikisar tadi.

Masak sampai pecah minyak.

Rebus daging dan ditoskan. Simpan air rebusan daging.

Setelah pecah minyak masukkan:
Air rebusan daging
Daging
Kicap kipas udang

Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

Perlahankan api biar masak sampai agak kering sedikit, tutup api dan siap untuk hidangkan.

Selamat mencuba.