Selasa, 31 Januari 2017

Kek Belacan


KEK BELACAN






Bahan-bahan:

16oz mentega
10 biji telur
1 gelas gula halus
1 tin susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
1 tin kecil nestle cream
1 peket kecil horlicks
2 gelas tepung gandum
Browning sugar secukupnya
satu sudu kecil nescafe (dibancuh sedikit air panas)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat :

1.          Masukkan air ke dalam pengukus dan pastikan dan biarkan mendidih di atas dapur. Pastikan pengukus betul2 panas sebelum memasukkan adunan kek.
2.             Pukul mentega dan gula halus sehingga gebu.
3.            Masukkan telur satu persatu dan pukul sekata.
4.      Masukkan esen vanilla, susu pekat manis, serikaya, nestle cream dan pukul sebati.
5.             Masukkan pula horlicks, serbuk koko dan nescafe.
6.     Masukkan tepung gandum yg sudah diayak sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
7.           Masukkan browning sugar. Gaul adunan sehingga benar2 sekata dan sebati.
8.             Sediakan loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung
9.          Masukkan adunan ke dalam loyang , tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 3-4 jam dengan menggunakan dapur gas atau 2 jam dengan menggunakan steamer elektrik.
10.          Sejukkan sebelum dipotong..


-Selamat Mencuba-