Sabtu, 18 Februari 2012

Rina 18.02.2012



Selamat Hari Jadi Rina yang ke-4...

Tahun ni lain macam sikit sambutannya. Cuma menjadi kelainan, saya dan suami memutuskan untuk membuat sambutan hari jadi untuk rina, secara kecila2an. Jadi kami jemput rakan2 terdekat saya dan suami dan pengasuh adik Rina, Ki. Ini adalah kali pertama saya menjemput rakan2 datang ke rumah. Maklumla, hanya menyewa flat. Ruang rumah yang kecil, dapur yang sempit, mustahil kami dapat memuatkan ramai orang.

Kek hari jadi saya telah tempah awal di kedai King's. Goodies saya beli bekas dan masukkan cupcake di dalamnya. Sticker di atas bekas saya tempah di kedai sticker di Tesco Shah Alam. Pendek cerita, semua persiapan ala kadar telah dibuat.

Pada hari kejadian, rakan2 datang seorang demi seorang. Daripada 2 orang hinggalah puluhan orang. Naik rissau jugak pada mulanya sebab ruangan sempit jadi ada tetamu yang terpaksa duduk didapur. Akhirnya, Allah mudahkan. Majlis berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.








Kek ini sangat besar. Dan paling saya tak boleh lupe adalah saya terlepas pandang meja untuk meletakkan kek ini. Akhirnya terpaksa diletakkan di atas meja yang kurang stabil ni. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak, memang putih matalah sebab tak boleh makan kek ni. kek butter memang sedap.


Pengasuh, adiknya, anak2 dan anak saudara pengasuh.


Sungguh pack.heehhe

terpaksa duduk di dapur


rindu zaman anak2 masih kecik ni...



Rina bergambar dengan hadiah2nya.